PERTANYAAN (FAQ)


1/ BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN DI MESH PRINTING SOLUTION?
   Terdapat 2 cara untuk membuat tempahan di Mesh Printing Solution iaitu :
   
   a. Tempahan secara panggilan telefon
       - Anda hanya perlu membuat panggilan pada kami untuk tempahan dan emailkan slip pembayaran untuk deposit tempahan.

   b. Datang ke tempat kami
       - Sekiranya anda berada berdekatan dengan kami di Ipoh, anda boleh terus datang (walk-in) untuk membuat tempahan.

2/ BERAPAKAH HARGA UNTUK SETIAP T-SHIRT/BAJU DI MESH PRINTING SOLUTION?
    Harga adalah bergantung kepada :

    a. Kuantiti tempahan
        - Semakin banyak yang anda tempah, semakin murah harga yang kami tawarkan.

    b. Jenis baju
        - Sila berikan kod t-shirt/baju yang ingin anda tempah kerana harga untuk setiap jenis baju adalah berlainan

     c. Jumlah warna cetakan / sulaman
         - Sila emailkan kepada kami design anda serta beritahu kepada kami samada anda ingin membuat cetakan atau sulaman pada t-shirt/baju tersebut.

3/ BERAPAKAH KUANTITI MINIMUM UNTUK TEMPAHAN T-SHIRT/BAJU DI MESH PRINTING SOLUTION?
    Kuantiti minimum untuk tempahan adalah sebanyak 30 helai sahaja.

4/ SAYA LIHAT PADA KATALOG MESH PRINTING SOLUTION TIADA BAJU YANG SAYA MINATI. BOLEHKAH PIHAK MESH PRINTING SOLUTION MEMBUAT T-SHIRT/BAJU MENGIKUT DESIGN SAYA SENDIRI?
     Ya, boleh. Cara ini di panggil Custom Made. Kami boleh menjahit semula t-shirt/baju mengikut design anda sendiri. kuantiti minimum untuk tempahan Custom Made adalah sebanyak 40 helai.

5/ SAYA BERADA DI LOKASI YANG JAUH DARI MESH PRINTING SOLUTION (luar Perak), BOLEHKAH PIHAK MESH PRINTING SOLUTION MENGHANTAR TEMPAHAN SAYA MELALUI POS?
    Ya, boleh. Kami juga selalu membuat penghantaran untuk tempahan ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Poslaju Malaysia. Tetapi kos penghantaran akan di tanggung sepenuhnya oleh anda sendiri.

6/ SAYA MEMPUNYAI BANYAK LAGI PERTANYAAN, BAGAIMANA PIHAK MESH PRINTING SOLUTION BOLEH MEMBANTU SAYA?
    Jika anda mempunyai soalan lagi, boleh terus hubungi kami di 0194154525 atau meninggalkan pertanyaan itu di inbox page facebook kami di facebook.com/meshstudiomultimedia

No comments:

Post a Comment